Jumaat: 10hb sep 2010 Pagi raya pertama,mcm biasa tiap2 tahun aku ke masjid sg rokam utk menunaikan sembahyang raya,ada ketikanya jumpa gak kengkawan lama kampung yg lama dah x jumpa.. pagi2 x kemana, ramai tetamu saudara mara datang beraya,yg letihnya datang sederap, x putus2 melayan tetamu sampai malam pun ada, senang cite x boleh kemana-mana.
Sabtu: 11hb sep 2010 Pagi raya kedua,menziarah kubur, dan terus balik kpg gajah pasir salak beraya disana,dikpg dah semestinya meriah pun x putus2 tetamu datang beraya..dikpg gajah x lama sebelah petang beraya rmh saudara mara yg terdekat dan ziarah kubur arwah mak mertua,terus balik ipoh sbb ada aktiviti seisi bergambar, sambut hari lahir anak saudara dan kebetulan adik ipar pun x lama kat ipoh, kena balik KL malam tu jugak atas urusan kerja..
Ahad: 12hb sep 2010 raya ketiga pagi x kemana-mana tengahari baru pegi beraya rumah kengkawan sekitar sg rokam kpg melayu,aktiviti malam lepak ngopi kat ehsan
Isnin: 13hb sep 2010 Pagi raya keempat kita orang jalan2 cari pasai,pagi2 lagi dah kuar terus menuju ke tasik banding meninjau pemandangan bukit2 menghijau..lepak sekitar hantian rehat pulau banding dlm sejam,ambil gambar berbagai, dlm perjalanan pulang ipoh singgah ker tasik raban lenggong,lepak ada lah dlm setengah jam ambil gambar sekitar tasik,perjalanan pulang ke ipoh kita orang saje sesuka ikut jalan lama dari lenggong kati ke kuala kangsar lepak kuala jap bergambo lagi di sekitar muzium lama masjid ubudiah kuala kangsar dan istana..dari kuala balik
Selasa: 14hb sep 2010 Pagi raya kelima dalam kol 10pagi dah siap2 tok balik KL singgah beraya jap rumah kakak sebelum balik KL,pekena KFC lagi tu..alhamdulillah tak ada kesesakan jalan raya semasa perjalanan balik KL..petang sampai KL terus ke kayangan height shah alam singgah lagi beraya rumah adik..rasanya setakat ni jer cite pasai sambutan raya tahun ni..insyallah akan menyusul cite2 lain jika aku berkelapangan nanti.
Kesempatan ini juga, Dengan rasa rendah diri aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua yang sahabat dan pembaca2 blog, moga2 tahun ini memberi keceriaan dan keinsafan kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment